Ricomal Industries Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat bumiputera dengan modal berbayar sebanyak RM2.5 million. Ia ditubuhkan atas kesedaran untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan masyarakat Malaysia dengan menggalakkan seberapa ramai yang mungkin di dalam bidang perniagaan industri jualan langsung. Pihak pengurusan Ricomal Industries Sdn Bhd berusaha memberi galakan dan sokongan yang sebaik mungkin dengan membekalkan produk dan bekerjasama dengan para rakan niaga serta syarikat pengeluar barangan berasaskan minyak yang terkemuka di Malaysia, dibantu oleh kakitangan syarikat yang profesional dan penuh dedikasi dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. | Kami amatlah berbangga kerana telah diberi peluang dan kepercayaan agar sama-sama bekerjasama dengan anda dalam usaha niaga Ricomal Industries Sdn Bhd yang menjanjikan peluang perniagaan yang terbaik dan menyediakan barangan keperluan harian yang berkualiti tinggi. Dengan berbekalkan pengalaman dan pengetahuan dalam industri jualan langsung ini, kami berharap dapat berkongsi bersama anda untuk menjadikan asas yang kukuh bagi kerjaya anda dalam perniagaan industri jualan langsung bersama Ricomal Industries Sdn Bhd. UNTUK MENDAPATKAN BARANGAN TERSEBUT SILA HUBUNGI KAMI DI TALIAN (KUALA LUMPUR) ABD_LATIB-013-3322346(03-61892384)/013-3443667(ROSLI) | |